Wednesday, July 16, 2008

SWEET-SOUR KETAM



Bahan Bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar


Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG



Bahan
3 batang jagung [ ambil isi jagung ]
1 labu bawang besar [cincang]
3 biji cili merah [cincang]
100 gm udang hidup [cincang]
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai
Air garam (guna air suam)
Kunyit serbuk [jika suka]

minyak untuk menggoreng

cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan cili sos.

PANKEK JAGUNG PEDAS




Bahan
1 cawan jagung [2 tongkol jagung segar -hiriskan]
5 stik ketam fillet [potong kecil]
3 cawan tepung ]
1 s/k soda bikarbonat ] diayakkan
daun kucai/daun bawang [potong pendek]
1/2 batang kecil carrot [parut]
1 labu bawang besar ]
2 biji cili merah ]cincang
2 biji telur
4 cawan air
garam
minyak untuk lenserkan non-stik pan

Cara.
1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sikit minyak.
3. Letakkan 1 senduk adunan dalam pan dan tudungkan dengan tudungnya.
4. Masakkan dengan api paling minumum dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

BUBUR JAGUNG


Bahan
500 gm jagung frozen
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1 cawan gula perang
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.

SAMBAL GORENG TEMPE DAN IKAN BILIS


Bahan
1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang....]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing


Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka

1 s/b cuka
minyak
garam
gula

Cara memasak
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...

GULAI atau KARI AYAM



Bahan
1 ekor ayam [dipotong 12 dibersihkan & ditoskan]
1/2cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
5 biji ubi kentang [belah 4]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
garam

BahanTumis:
6 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia (dimayang)
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili mesin yg dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendideh dan ayam & kentang empuk/lembut.
4. Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan bersama nasi atau roti atau pulut/ketupat.

BAKED BEANS CHICKEN


Bahan-Bahan:
1 tin baked bean
500 gm ayam [potong kecil]
3 s/b minyak
3 s/b tomato sos
1/2 cawan air
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
kentang goreng [jika suka]

Bahan Tumis
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (hiris nipis )
3 biji cili merah [cincang]

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih & bawang besar.
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan air dan tomato sos.
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread atau nasi.

Ayam Sweet Sour


Bahan
500gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 s/k kunyit
1 s/k garam
5 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
1 s/k gula
1/2 cawan air
1 biji tomato [potong baji]
sedikit kacang peas
minyak untuk goreng ayam

Bahan mayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau

Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]


Cara:
1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
3. Angkatkan ayam dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan mayang.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula.Biarkan sehingga mendideh.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.

Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.[/

Beriani Daging


Bahan
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

Nasi Tomato


Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

Ayam Masak Kicap


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

bahan mayang
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendideh.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.

Ayam Kurma


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Ayam Paprik


Bahan potong kecil
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.

AYAM GORENG LADA HITAM


Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
4. Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Tuesday, July 01, 2008

Nasi beriani sotong

Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend

1 sudu besar rempah beriani

1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)

1 helai daun pandan

4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)

4 cawan air

1 cawan susu cair

Garam secukup rasa

50 gram kismis kuning

2 labu bawang besar (hiris dan goreng)

2 tangkai daun ketumbar

1 sudu besar pewarna kuning


Bahan Dikisar Halus:

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak. Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.

3. Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.

5. Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.

6. Siap untuk dihidang. (Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

Hidangan rendang seloka

Bahan-bahannya :

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 ekor ayam (potong lapan)

3 cawan santan
1/2 cawan kerisik
2 helai daun salam
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
4 keping asam keping
1 keping gula jawa
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus:

10 tangkai cili kering (rebus)
8 tangkai cili api
4 sentimeter (sm) kunyit hidup
5 sm lengkuas
5 batang serai
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar

Cara menyediakan masakan:

1. Perap ayam bersama bahan kisar selama setengah jam.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis ayam yang sudah diperap untuk seketika.

3. Masukkan santan dan kerisik. Masak selama lima minit.

4. Masukkan daun salam, daun limau purut, daun kunyit, asam keping dan gula jawa. Kacau hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan garam.

6. Masak dengan api kecil secara perlahan-lahan sehingga kelihatan minyak di permukaan rendang atau pecah minyak.

7. Siap dihidang.

Petua: Untuk memilih lengkuas, pilihan Chef Liza adalah lengkuas muda berwarna merah jambu kerana ia lebih mudah dikisar.

Pantang larang bakal pengantin Melayu

APAKAH anda sudah bertemu pasangan yang serasi dengan diri anda?

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.

Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.

Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

Elakkan minum minuman keras dan merokok.

Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.

Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.

Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.

Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.

Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.

Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.

Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.

Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Cabaran Maria buang 10kg

JIKA sesetengah wanita mengamalkan pengambilan pil kurus untuk menurunkan berat badan, personaliti TV3, Maria Tunku Sabri, 37, pula berpendapat tiada jalan pintas untuk kelihatan langsing.

Pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dan terbaru, program Maria terbitan TV3 ini berkata, pil yang boleh diragui status ketulenan dan keselamatannya hanya memberi kesan buruk kepada kesihatan untuk tempoh panjang.

“Saya pernah melihat rakan sepejabat yang mengambil pil kurus, tetapi memberi kesan sebaliknya iaitu berat badan mendadak naik. Kita boleh lihat, banyak pil jenis ini dijual secara terbuka di pasaran.

“Lagipun, saya tak mahu rosakkan buah pinggang saya dengan pengambilan pil macam ini. Saya lebih percaya kepada faedah bersenam untuk menguruskan badan kerana saya mahu hidup lama,” katanya.

Maria ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Keep Slim, mengambil alih peranan itu daripada Raja Azura dan Fara Fauzana.

Tugas baru itu bakal menyaksikan ibu kepada dua cahaya mata ini berusaha mencapai sasaran mengurangkan 10 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan mulai Mei ini.

“Saya mahu turunkan berat badan sehingga 60 kg, tetapi Pengurus Besar Keep Slim, Amy Chiew kata, impian itu terlalu tinggi, 63 kg pun sudah bagus.

“Jika mengikut ketinggian, saya perlu kurangkan 10 kg lagi. Saya kata pada Amy, saya mahu pakai balik pakaian saya yang dulu.

“Setiap hari saya diberikan minuman kesihatan untuk tujuan menyingkirkan toksin badan. Selepas itu, saya akan diajar menggunakan pelbagai mesin. Biarlah meleleh air mata menahan sakit, tetapi saya benar-benar mahu kuruskan badan,” katanya.

Maria yang memulakan tugas di TV3 pada 1996 mula dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Pengacara Jem putan Nona pada 1993.

Ketika itu dia adalah seorang daripada 10 finalis.

Sebelum menyertai JJCM, dia terlebih dulu menimba pengalaman sebagai pembaca berita dan kemudian me ngacarakan rancangan Malaysia Hari Ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Keep Slim, Vince Lee, berkata pelantikan Maria sebagai duta terbaru syarikat itu berdasarkan popularitinya dalam mengacarakan program yang ditonton pelbagai lapisan masyarakat.

Oleh itu, pihaknya sudah mengaturkan program pelang singan untuk disesuaikan dengan tuntutan kerjaya pengacara itu bagi mencapai sasaran berat badan yang ditetapkan.

“Kami di Keep Slim menekankan prinsip kelangsingan untuk kesihatan menerusi kaedah yang selamat dan terbukti berkesan.

“Kami akan menyarankan pelanggan untuk mengikuti pemakanan sihat dan seimbang dalam mencapai sasaran berat badan yang diingini,” katanya.

Wanita berhak pilih suami

Tidak salah letak syarat dalam memilih calon

JIKA lelaki boleh, mengapa kita menidakkan hak wanita? Mereka juga berhak menentukan lelaki yang bakal mencorak masa depan yang lebih bahagia,” kata Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain mengenai sejauh mana hak wanita dalam memilih suami.

Menurut penceramah bebas yang juga peguam syarie ini, tidak hanya lelaki malah wanita juga berhak menentukan jodoh.

“Pilih yang sekufu. Sekufu ini timbul apabila wujud unsur wali mujbir (pilihan keluarga) atau dalam erti kata lain, wanita tiada kuasa memilih atau menentukan siapa calon suaminya.

“Keluarga seperti ibu bapa atau datuk harus memilih demi memastikan calon lebih sekufu dengan perempuan. Dalam konteks ini, seseorang calon lelaki yang dipilih itu mestilah menepati kehendak wanita atau perempuan itu,” katanya.

Dalam masyarakat kini, sering dengar cerita lelaki mencari wanita dengan ciri tertentu seperti kaya, cantik dan berpendidikan sebagai tuntutan dalam merencanakan sesebuah rumah tangga.

Namun menurut Zaidi, wanita juga harus meletakkan syarat yang perlu menjadi keutamaan dalam memilih calon bersesuaian dengan diri mereka. Ini dilakukan dengan meletakkan agama sebagai pilihan teratas kerana menerusi pegangan agama yang kukuh saja mampu menjamin masa depan.

“Selain agama, wanita juga berhak memilih lelaki yang mempunyai harta. Bukan kerana mereka bersifat kebendaan tetapi itu tuntutan keperluan hari ini di samping tidak mengenepikan rupa paras. Ini kerana secara nalurinya, wanita juga menginginkan lelaki yang kacak atau sedap mata memandang.

“Wanita tidak harus dipersalahkan jika mereka mengutamakan keturunan yang baik atau tahap pendidikan lelaki berkenaan contohnya lelaki berpendidikan lebih tinggi atau setaraf dengannya.

“Kedua-dua aspek ini ada peranan tersendiri dalam menentukan masa depan yang bahagia. Bahkan Rasulullah saw juga bersabda mengenai perkara berkaitan dengan meletakkan ciri tertentu kepada pasangan kerana faktor yang dikatakan ini ada jaminan kebahagiaan,” katanya.

Baginya, tidak akan jadi baik sesebuah keluarga atau keturunan itu jika harta semata-mata menjadi pilihan dengan mengenepikan aspek yang dinyatakan tadi.

“Kalau dapat yang kacak, mungkin duit tak banyak. Kalau dapat yang kaya, rupa pula tak begitu menarik. Namun kalau ada agamanya, kalaupun tak kaya, tak mengapa. Mungkin ia lebih menenangkan jiwa justeru agama menjadi asas pertimbangan paling wajar dalam hidup berumah tangga.

“Kita tahu manusia tak sempurna namun dalam perkahwinan, mungkin ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa ke arah mencari kesempurnaan itu. Saya dapat katakan, aspek agama dilihat sama ada sebagai kekurangan atau kelebihan seseorang ibarat garam yang bakal melazatkan makanan yang dimasak dalam menggambarkan akrabnya hubungan pasangan,” katanya.

Dia turut mencadangkan supaya pasangan yang sekufu melakukan ‘persyarikatan’ dalam rumah tangga. Dalam erti kata lain, pasangan isteri harus bersyarikat dengan suami baik dari pelbagai segi termasuk idea, minat dan hobi dalam mencari hala tuju bersama.

“Mungkin jika wanita meminati perniagaan, mereka boleh mencari lelaki yang menceburi bidang korporat jika ingin mengikut rentak. Jika minat seni atau dekorasi, hendaklah dicari lelaki yang memang berada dalam bidang berkenaan.

“Tapi itu tak bermakna kalau tak mendapat lelaki mengikut kecenderungan yang dinyatakan, ia berakhir di situ saja. Mungkin wanita mahupun pasangan yang boleh mendorong minat ke arah apa yang disukai pasangan dalam usaha mendekatkan lagi fahaman yang menjadi resipi kebahagiaan,” katanya.

Situasi kini menyaksikan wanita yang memiliki tahap kerjaya lebih tinggi mungkin menjadi punca lelaki ‘takut’ mendekati mereka tetapi Zaidi menolak tanggapan ia menyebabkan peratusan wanita tidak berkahwin semakin bertambah.

Katanya, masyarakat mesti adil dalam memberi persepsi atau mencari punca segelintir wanita tidak berkahwin.

“Mereka dilabelkan sebagai anak dara tua. Secara amnya, semua wanita ada keinginan untuk berkahwin dan hidup bahagia, dikelilingi cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

“Namun banyak faktor mereka tidak berkahwin. Antaranya, mungkin jodoh belum sampai, mengejar cita-cita serta tanggungjawab seperti menanggung masalah kewangan keluarga dan adik-beradik yang masih belajar.

“Untuk itu, jangan cepat melatah atau menuding jari. Siapa yang mahukan perkahwinan separuh jalan? Kes perceraian yang banyak berlaku hari ini antara puncanya mungkin tak sekufu. Oleh itu, tak salah wanita memilih bahkan berhak mencari yang sekufu demi jaminan masa depan terbaik,” katanya.

Mendasari sabda Rasulullah saw, dia merumuskan wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana harta, kecantikan, nasab keturunan dan agama.

“Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia,” katanya.

Tip

CIRI lelaki beriman boleh dikenali menerusi ciri tertentu, antaranya:

Secara kasar, keimanan boleh dilihat pada latar belakang pendidikan, baik secara formal atau sebaliknya. Tidak bermakna seorang lelaki beriman itu diukur menerusi pendidikan hingga mencapai ijazah di negara Timur Tengah, sebaliknya ia dapat dilihat menerusi amalan hidup seharian.

Mereka yang mendahulukan solat selain cara hidup yang tidak mengenepikan agama, sering menjadi penilaian wanita.

Mengenal pasti keturunan sesebuah keluarga lelaki yang bakal menjadi pasangan dengan mengenali keluarga dan asal-usulnya. Boleh juga dirisik menerusi rakan, jiran sekampung dan seumpamanya.

Jaminan kebahagiaan bukan terletak pada jumlah harta dimiliki tetapi jika wanita mendapat jodoh lelaki kaya, ia dianggap satu bonus.

Rupa memberi ketenangan. Wanita boleh meletakkan ciri sendiri dalam konteks ketampanan suami kerana ia bersifat subjektif. Apapun, biarlah segala resah, bimbang dan duka si isteri hilang sebaik terpandang wajah suami yang redup dan tenang.

Pajeri Nenas

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang)

Bahan A:

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
3 sentimeter halia (kisar halus)
3 ulas bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
4 sentimeter kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 batang serai
1 tangkai daun kari
1/2 cawan udang kering

Bahan B:

5 sudu besar rempah kari daging + 1/2 cawan air
1 sudu besar kerisik
2 cawan santan
1 biji nanas (celur dan potong bentuk separuh bulat)
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula pasir

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali serta tumis bahan A sehingga wangi dan garing.

2. Kemudian masukkan rempah kari daging yang dicampur dengan air dan kerisik. Masak seketika.

3. Masukkan santan dan biar mendidih.

4. Kemudian masukkan nanas, garam dan gula.

5. Biar mendidih dan masak sehingga pekat.

6. Siap untuk dihidang.

Petua: Nanas boleh digantikan dengan terung dan ia tidak perlu dicelur.

Tuesday, June 17, 2008

Sotong goreng tepung

SELAIN udang, sotong goreng tepung adalah pilihan kebanyakan penggemar makanan laut. Pilihlah sotong yang masih baru dan nampak segar. Kulitnya mestilah masih utuh membalut badan. Bahagian kepala juga tidak seharusnya bercerai daripada badan tersebut.

Sotong mudah menjadi busuk. Oleh itu ia seharusnya sentiasa diletak di dalam bekas berisi ais. Pastikan ia dimakan sebaik saja dibeli. Ini kerana rasanya akan kekal manis. Namun begitu, anda boleh mengembalikan kemanisan sotong atau udang dengan cara memerapnya selama 30 minit dengan sedikit garam dan gula.

Perkara paling penting sebelum mula menyediakan hidangan ini adalah kaedah yang dinamakan 'mematikan air sotong'. Caranya adalah dengan meletakkan sotong di dalam kuali atau periuk kalis lekat. Kemudian nyalakan api pada tahap sederhana kuat.
Sebaik saja warna sotong sudah bertukar dan airnya banyak terbit, padamkan api. Kemudian letak sotong di dalam penyekat untuk ditoskan. Jika anda tidak berbuat demikian dan menggoreng sotong begitu saja, ia akan meletup dan ini sangat menyukarkan bila tiba masa hendak membalikkannya. Sotong juga kurang rangup kerana ia mengandungi banyak air.

Sekiranya sotong hendak dibuat sambal, simpan air sotong tersebut kerana ia berupaya memaniskan bumbu sambal. Anda tidak perlukan sebarang minyak atau air dalam langkah pertama ini. Air daripada sotong sudah mencukupi. Begitu juga bila merebus kerang kerana air di dalam kerang itu sendiri boleh membuat kerang tersebut masak.

Jangan terlebih masa pada langkah ini kerana sotong yang terlalu masak akan menjadi liat. Bila menggorengnya kelak, isinya akan bertambah keras. Bila dimakan pula, ia tidak sedap.

Adunan tepung atau dikenali sebagai batter sangat penting dalam menentukan kerangupan sotong ini. Gunakan senduk kayu dan pastikan anda menuangkan cecair sambil mengacau campuran tersebut perlahan-lahan.

Setelah selesai, anda perlu memukul putih telur hingga kental. Gunakan mangkuk dan pemutar yang sudah dibilas dengan air panas. Kemudian lap dengan kain bersih. Ini adalah untuk memastikan putih telur boleh kental dengan sempurna. Jika terdapat sebarang kesan minyak pada bekas atau pemutar, sukar untuk mengentalkan telur tersebut.

Bila anda memukul putih telur, anda akan dapati ia mula-mula akan menjadi separuh kental. Perhatikan bila anda mengangkat pemutar, 'puncak' putih telur yang terbentuk itu agak melengkung. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. Kemudian angkat pemutar semula. Anda akan dapati 'puncak' yang terbentuk adalah tajam.

Gunakan spatula atau senduk plastik bila mencampurkan putih telur ke dalam adunan tepung (batter). Mula mencampur satu camca besar putih telur terlebih dulu. Setelah sebati, baru masukkan baki putih telur. Kaedah ini dipanggil kaup-balik. Lakukan dengan perlahan dan berhati-hati supaya gelembung udara di dalam putih telur sebati. Ia mampu meringankan adunan tersebut.

Bila anda menggoreng udang, ikan atau sotong dengan batter tersebut, anda akan dapati hasilnya memuaskan. Ia lembut tetapi rangup pada masa yang sama. Ia juga akan kekal lembut sehingga beberapa jam lamanya.

Bagi mendapatkan batter yang lebih wangi, anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung kastard. Anda tidak semestinya memasukkan serbuk kunyit. Bagi yang sukakan warna kuning yang lebih terang, tambah beberapa titik esen atau pewarna kuning.

Biar adunan selama 20 minit sebelum mula menggoreng. Pastikan minyak cukup panas. Jika tidak begitu panas, bahan gorengan akan 'makan minyak' atau meresapkan terlalu banyak minyak. Ini akan merosakkan rasa sotong itu sendiri. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer kerana lebih mudah untuk mengangkat sotong yang sudah siap digoreng.

Kelebihan diet Mediterranean

DI Dataran Santa Ana yang popular di Madrid, para pelancong tidak puas menjamah pinggan demi pinggan keju Manchego yang matang, hirisan daging sejuk dan sotong goreng.

Tetapi apa yang ditawarkan - disaji dengan roti baguette putih - tidak menyelerakan untuk golongan vegetarian atau sesiapa sahaja yang mencari lima hidangan harian buah-buahan dan sayuran yang disyorkan oleh pakar pemakanan demi kehidupan yang sihat.
"Saya sukakan makanan di sini tetapi ia bukanlah hidangan harian anda. Jika anda memesan sayuran di restoran, hidangan itu digoreng.

"Malah, jika anda memesan salad tomato, anda akan dapati tujuh jenis tomato yang disalut minyak!," ujar Susie Goodall, konsultan imigrasi British yang berusia 28 tahun sambil menikmati segelas wain merah di salah sebuah bar di dataran tersebut.
Sungguhpun demikian, kerajaan Sepanyol berkata, apa yang digambarkan sebagai diet Mediterranean adalah sangat bagus, sihat dan bersejarah sehingga ia seharusnya dipromosikan ke seluruh dunia.

Ia mengetuai bidaan - disertai oleh Itali, Greece dan Maghribi - untuk meyakinkan Pertubuhan Bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk meletakkan diet Mediterranean dalam senarai warisan dunia.

"Sepanyol menyahut inisiatif tersebut dan berkeyakinan bahawa sifat-sifat pada kulinari Sepanyol adalah seiring dengan kecemerlangan yang menjadikannya patut menerima penghormatan UNESCO ini," kata Kementerian Pertanian Sepanyol dalam satu kenyataan.

Sekiranya Sepanyol berjaya, diet Mediterranean itu mungkin akan menyertai senarai warisan dunia yang tidak ternilai, seperti Festival Kematian di Mexico dan Royal Ballet Kemboja.

Ia juga akan menyediakan satu lagi cara pemasaran yang lebih menguntungkan terhadap produk keluaran Sepanyol seperti minyak zaitun, ham dan wain.

Mentafsirkan diet Mediterranean, ialah seperti jamuan yang berubah. Apabila chef British, Rick Stein mengembara melalui beberapa buah negara Mediterranean untuk sebuah siri televisyen, beliau merasa kesemua hidangan daripada kebab di tenggara Turki sehinggalah tagine dan couscous di Maghribi, dan ikan kod masin di Sepanyol.
Kumpulan pemikir dan penasihat makanan yang berpangkalan di Boston, Oldways mempromosikan diet Mediterrnean yang katanya standard emas untuk corak pemakanan yang menggalakkan kesihatan baik sepanjang hidup.

Sungguhpun demikian, diet yang disyorkannya adalah berdasarkan tradisi pemakanan di Crete, Greece dan selatan Itali kira-kira sekitar tahun 1960-an ketika kadar penyakit kronik adalah antara yang terendah di dunia, dan jangka hidup golongan dewasa adalah antara yang tertinggi, sungguhpun perkhidmatan perubatan adalah terhad."

Oldways dan organisasi lain yang mempromosikan diet Mediterranean yang biasanya didefinisikan sebagai lemak tidak tepu seperti minyak zaitun berbanding mentega dan marjerin, kekacang, sayur-sayuran dan bijirin tidak diproses, ikan, produk tenusu yang sederhana, dan bilangan rendah daging dan gula.

Walaupun demikian, di Sepanyol, daging disajikan dengan banyak. Pada waktu makan tengah hari, papan hitam yang diletakkan di luar bar dan restoran-restoran di seluruh negara mengumumkan set menu untuk menarik selera pekerja yang lapar.
Hidangan kegemaran adalah daging babi goreng, stik daging dan dada ayam, yang biasanya disajikan bersama kentang goreng dan salad sampingan.
Ikan biasanya digoreng berbanding hidangan bakar yang sering dipaparkan dalam kebanyakan buku masakan Mediterranean seluruh dunia.

Sepanyol juga menentang peningkatan masalah obesiti di kalangan rakyatnya. Kadar obesiti dewasa telah meningkat dua kali ganda dalam jangka masa 10 tahun kepada 14 peratus, manakala satu dalam tiga kanak-kanak Sepanyol obes.

Keadaan ini sama seperti yang dilihat di Itali dan Greece yang mempunyai kadar tertinggi obesiti di barat Eropah.

Peningkatan itu dikatakan disebabkan oleh pemakanan yang tidak terkawal, gaya hidup yang tidak aktif dan pengenalan makanan prapembungkusan dan gula-gula dalam diet kanak-kanak.

Pihak berkuasa Sepanyol memberikan reaksi terhadap keadaan tersebut. Kerajaan telah meminta pihak restoran untuk menyertai satu kod sukarela untuk tidak mengiklankan hidangan besar yang ia anggap akan menggalakkan pemakanan berlebihan.

Pada tahun lalu, dalam satu kes luar biasa di kawasan utara Asturias, pihak perkhidmatan sosial mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mempunyai berat 100 kilogram daripada jagaan datuk dan neneknya kerana mereka tidak mahu berhenti memberi beliau makan.

Masalah Sepanyol berhadapan dengan obesiti tidak menjejaskan kesnya agar sajian tradisinya diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Chef Ferran Adria yang memiliki restoran El Bulli yang telah dinamakan sebagai restoran terbaik dunia oleh Restaurant Magazine.

Beliau berkata, ia tidak menafikan bahawa kuisin Itali, Sepanyol, Greek dan Maghribi mempunyai budaya yang sama yang merupakan salah satu yang terbaik di dunia.
"Sumber obesiti kian meningkat. Memasak hidangan sihat adalah sangat mudah tetapi seseorang harus menjelaskannya kepada anda."

Basque chef Juan Mari Arzak yang restorannya di kawasan utara Sepanyol mempunyai tiga bintang Michelin juga menyatakan sokongannya terhadap usaha UNESCO itu.
Beliau merasakan pengiktirafan UNESCO boleh digunakan seperti label Designation of Origin - lambang yang diberikan di Kesatuan Eropah (EU) sejak 1992 yang memaklumkan pengguna bahawa produk telah memenuhi standard tertentu dan mengesahkan bahawa ia datang daripada kawasan yang dinyatakan.

Menteri Pertanian, Elena Espinosa berkata, kempen pemasaran untuk produk Mediterranean telah pun bermula di Sepanyol, EU dan negara-negara lain seluruh dunia.

Bercakap melalui telefon dari dapurnya sambil menyediakan hidangan tuna yang diperap dalam minyak zaitun, wain beras dan cili, Arzaj berkata : "Sekiranya ini membuktikan bahawa diet Mediterranean wajar menerima pengiktirafan UNESCO, ia akan menunjukkan bahawa masakan ini adalah lebih baik berbanding yang lain.

"Apabila anda mendapat Hadiah Nobel, ada kewajaran menerimanya." - Reuter

UDANG goreng dengan mentega

UDANG goreng dengan mentega adalah masakan yang terkenal di kebanyakan restoran makanan laut. Selain udang goreng tepung atau masak masam manis, ramai penggemar udang sukakan udang yang dimasak dengan mentega.

Sebenarnya, ada juga campuran marjerin di dalamnya kerana makanan yang digoreng dengan mentega sahaja mudah hangus.

Ada pelbagai versi masakan ini. Salah satunya adalah ia kelihatan seperti bersarang atau berjurai halus-halus. Menyediakan udang mentega begitu memerlukan kemahiran kerana suhu mentega dengan mudah mempengaruhi jurai-jurai yang terbentuk.

Satu jenis lagi ialah anda dapat menikmati butiran halus yang keperangan dan rangup. Ia juga dikenali dengan nama udang mentega kerisik. Kedua-duanya menggunakan bahan asas yang sama iaitu kuning telur, susu cair, daun kari dan cili padi.

Gunakan udang harimau kerana warnanya menjadi keemasan setelah digoreng. Pastikan anda menggoreng dalam minyak yang banyak supaya ia masak sekata. Gunting bahagian muncung udang dan kulit belakangnya. Kemudian keluarkan uratnya. Gaul dengan sedikit garam dan gula. Gula penting supaya udang berasa manis.

Setelah digoreng, keluarkan dan toskan dengan kitchen paper. Jangan goreng terlalu lama kerana isi udang akan menjadi liat. Sebaik-baiknya gunakan udang segar. Bersihkan udang sebelum disimpan atau didinginbekukan kerana ini akan mengekalkan kesegarannya.

Anda hanya perlu biarkan pada suhu bilik supaya ia lembut dan sesuai untuk digoreng. Jika masih agak beku, udang akan meletup bila digoreng. Namun anda akan dapat mengatasi hal ini jika menggunakan deep-fryer atau periuk menggoreng khas.

Bila memanaskan campuran mentega dan marjerin, lakukan di atas api sederhana. Jika terlalu kuat, ia akan mudah hangus. Setelah memasukkan kuning telur, kacau perlahan dengan chopstick. Pastikan anda mengikut arah bertentangan atau berlawanan dengan arah jam. Lakukan dengan berhati-hati dan tidak terlalu pantas. Api hendaklah sentiasa perlahan.

Sebaik telur nampak kekuningan, masukkan semua bahan lain. Kemudian terus mengacau perlahan hingga ia berubah menjadi keperangan. Segera tuangkan ke dalam penapis keluli atau besi. Ini untuk menyejatkan bahan gorengan. Jika tidak, sukar untuk mengasingkannya dengan campuran mentega-marjerin tadi.

Gaulkan dengan udang goreng kemudian sajikan panas-panas. Jangan sesekali biarkan bahan gorengan terlalu lama di dalam kuali kerana ia mudah hangus. Jika ini berlaku, campuran telur tadi akan berasa pahit dan tidak menyelerakan. Jadi, faktor pengalaman memainkan peranan yang penting.

Sekiranya anda sering membuatnya, anda akan tahu masa yang tepat untuk mengangkatnya. Ini kerana campuran tersebut akan berbuih semasa digoreng. Jika tidak sukakan terlalu pedas, boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau cili hijau yang dihiris halus. Daun kari yang digoreng agak garing akan berasa rangup selain mengharumkan masakan tersebut.

Jika anda tidak mahu menggunakan serbuk pati ayam atau chicken stock granules, boleh gantikan dengan serbuk pati bilis atau daging. Ini adalah sebagai perisa terhadap masakan anda itu. Anda tidak perlu memasukkannya jika tidak mahu. Ini adalah kerana udang segar memang sedia manis dan menyelerakan.

Oleh kerana masakan ini agak tinggi dari segi kolesterol kerana bergoreng, imbangi dengan menghidangkan sayur-sayuran segar atau salad dan ulam-ulaman. Sudahi hidangan dengan buah-buahan.

Burger tinggi lemak

Ramai yang menggemari burger atas alasan mudah, cepat dan enak. Tetapi ramai yang terlupa burger juga menawarkan lemak yang banyak.

HAMBATAN masa pada zaman moden ini menyebabkan manusia semakin hidup dalam kekangan masa yang terhad. Benarkah begitu?

Apakah yang biasanya menjadi pendorong kepada masalah kesihatan yang semakin membimbangkan di kalangan masyarakat maju hari ini.
Selain kurang bersenam atas alasan sibuk, masyarakat maju juga terlalu mendekatkan diri dengan makanan segera atas alasan yang sama. Mengapa makanan segera tidak digalakkan untuk diambil?

Secara umumnya, terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin dalam makanan segera seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan tinggi gula serta garam. Lebih buruk, makanan tersebut kurang serat, vitamin dan zat galian.

Burger merupakan menu masyarakat moden. Walaupun ia hadir dalam saiz yang sederhana tetapi ramai yang tidak tahu kadar lemaknya.

Burger terdiri daripada campuran tulang, kulit, rawan, urat, lidah, usus dan organ-organ lain yang telah dikisar. Sebiji burger boleh hanya terdiri daripada daripada 50 peratus hingga serendah 25 peratus daging tanpa lemak. Selebihnya , ia terdiri daripada biskut garing, tepung kacang soya, serbuk bawang, pewarna tiruan, gula, perisa kimia, monosodium glutame dan garam.

Dilihat daripada nilai gizinya, satu hidangan burger menyediakan sejumlah 300 kcal hingga 500 kcal kalori. Ia bersamaan dengan kayuhan basikal selama satu jam di gim untuk membakar tenaga sebanyak itu.

Bagaimanapun, beberapa pakar menyatakan beberapa jenis burger mungkin menawarkan kalori menghampiri angka 1,000 kcal terutamanya yang menghidangkan saiz daging dua atau tiga kali lebih besar atau dua lapisan daging untuk satu burger.

Untuk rekod seorang dewasa memerlukan sekitar 2,000 hingga 2,200 kcal kalori sehari.
Dengan kalori burger yang agak besar ia boleh menyumbang kepada obesiti.
Beberapa pakar pemakanan menyatakan, jumlah peratus lemak pada burger antara 17 hingga 35 peratus. Ada pula pakar memberikan contoh pemahaman yang lebih mudah.

"Pernahkah anda menikmati enam ketul sayap ayam goreng sekali gus pada satu masa. Jumlah lemak yang ditawarkan sebiji burger adalah bersamaan dengan enam ketul sayap ayam goreng," ujar seorang Joseph Mint dari Universiti of North California.
Ini kerana obesiti dan aterosklorosis yang mendorong kepada serangan jantung dan strok, kajian mendapati burger boleh menyumbang kepada penuaan awal.

Penyelidik dari Universiti Glasgow yang melakukan percubaan pada sejenis serangga membahagikan bahan eksperimen itu kepada dua kelompok.

Kumpulan pertama diberi makanan segera dan berlemak, sementara kumpulan kedua diberi makanan sihat.

Menurut Profesor Pat Monaghan dan Profesor Neil Metcalfe dalam laporan Natural Environment Research Council, pada peringkat awal tahap pertumbuhan kedua-dua kumpulan adalah sama.

Bagaimanapun, setelah dewasa serangga yang mengambil makanan segera sejak awal usia mati lebih awal berbanding satu lagi kumpulan serangga. Mereka mendapati kumpulan serangga makanan segera kekurangan zat anti penuaan dan antioksida.

Ujar mereka lagi, burger masih boleh dimakan tetapi tidak boleh diambil terlalu kerap. Selain itu, untuk mengelakkan lemak yang berbahaya, nikmati daging burger yang peratusan daging tanpa lemak.

skipping - baik/buruk

BAIK BURUK

INGIN tahu kebaikan aktiviti lompat tali dan keburukan menggelapkan kulit dengan berjemur? Ikuti ruangan baik buruk pada minggu ini.

JOM LOMPAT TALI
BACA dulu sebelum berkata apa-apa. Aktiviti melompat tali (skipping) sebenarnya bukan permainan yang eksklusif untuk kanak-kanak perempuan. Peninju profesional malah jaguh dunia juga pasti bersetuju bahawa rutin ini menawarkan gaya senaman lengkap kardiovaskular.
Ia mampu meningkatkan upaya ketangkasan fizikal dan penampilan tubuh kerana rutinnya yang menuntut stamina, kemahiran dan koordinasi tangan dan mata.

Selain melatih keanjalan dan ketahanan tubuh, pada masa yang sama ia membantu aspek keseimbangan, serta memperbaiki kekuatan otot dan tulang. Latihan yang berterusan membolehkan seseorang memahami tindak balas diri terhadap detik waktu dan ritma tertentu.
Senaman ini bukan sahaja mudah dijalankan. Ia menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan kerana ia boleh dilakukan di mana-mana, tidak memerlukan perkakasan yang berat dan banyak, murah serta menyeronokkan. Sebanyak 1,000 kalori boleh dibakar hanya dengan melompat tali selama sejam.

MASIH MENGGELAP KULIT?
TOLONG terima hakikat ini – proses menggelapkan kulit di pantai bukan lagi trend yang boleh mengujakan pihak yang memerhatikan anda. Malah semakin ramai di kalangan mereka yang melihat anda pulang dari pulau peranginan hebat dengan warna kulit ‘keemasan’ (atau kemerahan) sebenarnya bersimpati pada anda.
Kesan terkumpul daripada aktiviti berjemur boleh meningkatkan risiko kerosakan sel. Lantaran itu juga, pendedahan kepada sinar matahari yang panjang seolah-olah ‘menjamin’ proses kedutan awal usia, kerastosis aktinik, dan barah kulit termasuk yang serius seperti melanoma.

Kulit gelap bukan semestinya suatu yang boleh dibanggakan. Ia sebenarnya kesan kecederaan epidermis akibat terdedah kepada sinar ultra ungu matahari. Maka, dalam apa tujuan sekalipun untuk berada di luar rumah, gunakan krim pelindung dengan SPF 15 atau lebih. Bagi kulit yang cerah dan mudah lelas, gunakan produk dengan SPF 30 atau lebih.

Monday, May 26, 2008

Mudarat merokok


Merokok membahayakan kesihatan. Walaupun amaran sedemikian bukan lagi baru bagi golongan perokok, mungkin huraian maklumat ini boleh menjelaskannya.

RAMAI perokok menyedari keburukan daripada tabiat mereka tetapi tidak berbuat apa-apa untuk berhenti.

ADAKAH masih ramai perokok yang menyangkal kebenaran betapa tabiat mereka itu mendatangkan kemudaratan pada mereka satu hari nanti? Atau ada yang berkata; 'Saya merokok secara sosial sahaja' atau 'oh, memang saya merokok tetapi saya sering bersenam'. Mungkin itu antara alasan mereka yang masih ego.

Dalam sedar, golongan ini sebenarnya cuba menafikan tentang 'resipi' tembakau yang sebenarnya penuh dengan kandungan yang menjejas kesihatan dan menyebabkan ketagihan. Sedangkan sudah banyak bukti saintifik menunjukkan bahawa tabiat merokok mengganggu kualiti hidup sepanjang hayat.

Juga bukan janggal apabila ia dikaitkan dengan kematian dan gangguan keupayaan sistem dan fungsi tubuh.

"Sama ada seseorang itu merokok secara sosial atau tidak, dia tetap dikategorikan di bawah Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (IDC). Maka jelas, merokok adalah suatu ketagihan, dan ketagihan adalah penyakit," kata Ketua Jabatan Pengamal Farmasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Profesor Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed.

Lanjutan daripada ketagihan itu, tabiat merokok meningkatkan risiko barah yang pelbagai, terutamanya kanser paru-paru. Lebih dikhuatiri adalah risiko penyakit jantung, strok, emfisema (udara dalam tisu) dan beberapa lagi penyakit. Ada sesetengahnya menjadi titik awal ancaman kematian bagi perokok tersebut.

Malang bagi golongan wanita, mereka berhadapan dengan beberapa lagi risiko kesihatan. Sebagai contoh, merokok ketika hamil memberi masalah kepada si ibu dan kepada anak yang dikandung. Malah, kesan buruk itu boleh kekal pada anak itu sesudah ia dilahirkan.

Tabiat buruk itu juga menggandakan kemungkinan wanita tersebut mengalami keguguran spontan, menjejas membran dan plasenta, serta kelahiran pramatang.

Lebih menyedihkan, terdapat banyak masalah seperti ini dilaporkan hanya kerana si ibu itu menjadi perokok pasif. Bukan kerana dirinya tidak ambil peduli tentang bahaya rokok, sebaliknya si suami atau orang di sekelilingnya tidak memberi ruang nafas yang bersih dan selamat untuknya.

Timbalan Pengarah Kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Sallehudin Abu Bakar, pula menyampaikan rasa bimbangnya terhadap generasi muda masa kini yang semakin mudah tertarik pada tabiat ini.

"Ramai golongan muda (yang masih di bangku sekolah) sudah tahu merokok dan secara purata menghisap kira-kira lima batang rokok sehari. Bilangan dan kekerapan itu semakin berkembang mengikut tempoh masa tertentu. Bagi mengatasi keadaan ini, hanya program pendidikan dan kesedaran boleh dilakukan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Dalam sebuah statistik terkini, Sallehudin menjelaskan bahawa daripada jumlah pesakit yang mengalami gangguan kesihatan akibat tabiat merokok di negara ini, sebanyak 25 peratus daripada mereka menghidap barah paru-paru, 25 peratus menghidap penyakit jantung koronari, strok (20 peratus), COPD (15 peratus) dan selebihnya penyakit-penyakit lain.

Walaupun sudah jelas perangkaan itu menunjukkan ancaman, namun kes kematian yang mempunyai kaitan dengan tabiat merokok tidak pernah susut dan ia melibatkan kos rawatan yang tinggi.

"Percayalah, masih ada banyak jalan dan kaedah untuk berhenti. Di negara ini, banyak pihak boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Seseorang perokok perlu menanam tekad yang sebenar-benarnya demi masa depan diri dan keluarga mereka," kata Sallehudin optimis.

KEMPEN iklan yang mengesyorkan merokok sebagai gaya hidup adalah antara punca generasi baru perokok semakin bertambah.

Melihat senario yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, mungkin kita boleh berfikir sendiri. Yang manakah perlu dipergiatkan - mengumpulkan lebih ramai perokok dewasa yang nekad untuk berhenti, ataupun meneruskan usaha mengekang tabiat merokok di peringkat awal usia?

Bukan sekadar vitamin



Nutrisi yang terdapat dalam buah betik menawarkan riboflavin dan bertindak sebagai antioksida.

BUAH berwarna kuning jingga ketika masak ranum ini sememangnya menjadi pencuci mulut popular kebanyakan rakyat Malaysia. Harganya juga murah. Betik yang menjadi penghias meja makan dengan ukiran menarik menjadi santapan di rumah bahkan di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Walaupun betik atau kerap juga dipanggil papaya berasal dari Mexico tetapi ia cukup popular di Asia.

Berapa ramai di antara kita yang mengambil tahu apakah nutrisi di sebalik sepotong buah berwarna jingga ini? Ramai yang hanya sekadar tahu betik sebagai pencuci, hakikatnya buah ini juga kaya dengan vitamin yang bagus untuk kesihatan.

Di sebalik kemanisan buah ini, ia menawarkan lebih daripada sekadar vitamin. Buah dengan nama saintifiknya Carica papaya menurut fakta nutrisi, mempunyai kandungan vitamin C dua kali ganda daripada oren. Di samping kelebihan vitamin C, betik juga menawarkan kandungan vitamin A, B1 dan E.

Selain beberapa kumpulan vitamin, betik juga kaya dengan sumber nutrisi kalsium, zat besi, serat, magnesium, fosfurus dan asid amino. Sumber nutrisi ini menyebabkan betik menawarkan sumber riboflavin dan bertindak sebagai antioksida yang baik.

Pelindung penyakit jantung

Betik dikatakan membantu menghalang ateroskelrosis dan penyakit jantung. Unggul dengan sumber vitamin C, vitamin A dan vitamin E, kombinasi sumber vitamin ini dikatakan cukup baik sebagai antioksida.

Sumber nutrisi bertindak dengan baik bagi mencegah pengoksidaan kolesterol. Apabila kolesterol dioksidakan ia akan melekat pada dinding saluran darah dan membentuk plak yang berbahaya kerana mendorong penyakit jantung.

Salah satu cara untuk menghalang risiko tinggi pembentukan plak ialah dengan mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin E dan C.

Selain itu, betik juga adalah sumber yang baik dengan serat yang dikatakan dapat merendahkan kadar kolesterol.

Pencernaan

Betik juga telah membuktikan dalam dunia perubatan bahawa ia antara penawar yang baik bagi masalah pencernaan. Betik mengandungi enzim proteolytic yang penting dalam pencernaan makanan. Bahan yang mempunyai enzim dalam buah betik ini dikenali sebagai papain.

Papain membantu sistem pencernaan dengan memecahkan makanan yang tinggi dengan sumber protein. Malah dalam dunia perubatan, papain sememangnya diproses untuk menjadi ubat bagi dipreskripsikan kepada pesakit yang mempunyai masalah pankreas dan fibrosis.

Bagaimanapun, pakar pemakanan mengakui cara terbaik untuk mendapatkan vitamin, bukan sahaja betik bahkan semua jenis buah-buahan lain ialah dengan menikmati buah itu secara semula jadi bukannya daripada dos tablet.

Tingkatkan imun

Vitamin C dan vitamin A, kedua-duanya diperlukan tubuh untuk menyokong sistem imun tubuh. Dengan beta karotin yang terkandung dalam betik ia menambahkan lagi fungsi positif betik bagi menjauhkan tubuh daripada serangan selesema, demam dan jangkitan penyakit.

Rendahkan kemerosotan makula

Ibu sentiasa mengingatkan kita semasa kecil, 'makan lobak merah kerana ia baik untuk daya penglihatan'. Tetapi nampaknya semakin kita dewasa, rakan baik untuk mata nampaknya perlu berubah kepada buah-buahan termasuklah betik.

Dalam satu data yang disiarkan Archives of Ophtamology menyatakan menikmati tiga hidangan buah-buahan sehari merendahkan risiko kemerosotan makula.

Kemerosotan makula menyumbangkan kepada 36 peratus penyebab utama kehilangan daya penglihatan di kalangan warga emas.

Spirulina dan kawalan berat badan

SAYA kini sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan makanan dan cuba untuk bersenam setiap hari. Masalahnya, saya tidak dapat membuat senaman seperti yang disarankan kerana cepat letih. Adakalanya, saya juga tidak bermaya untuk menyelesaikan tugas harian di pejabat. Adakah suplemen yang sesuai untuk masalah saya dan untuk pengetahuan tuan, saya kini berusia 36 tahun.

JAWAPAN:

Dalam keadaan ini, anda perlu memilih makanan yang berprotein, rendah lemak serta kaya dengan nutrien untuk kesihatan tubuh. Antara suplemen yang didapati sesuai untuk masalah anda adalah Spirulina organik. Ini kerana Spirulina kaya dengan protein, iaitu melebihi enam puluh peratus berbanding sekitar 34 peratus dalam kacang soya dan 12 peratus telur. Protein ini penting untuk bekalan tenaga dan meringankan keletihan. Sekiranya dibandingkan dengan protein haiwan, Spirulina lebih rendah lemak dan kalori, serta tanpa kolesterol.

Spirulina juga mengandungi mineral dalam bentuk organik yang senang untuk dihadam dan diserap oleh tubuh. Ini menjadikan Spirulina sebagai suplemen zat besi dalam bentuk semula jadi yang sangat sesuai untuk wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Beta karotena yang juga dikenali sebagai pro vitamin A merupakan nutrien yang mempunyai aktiviti anti radikal bebas. Kandungan beta karotena dalam Spirulina juga didapati jauh lebih tinggi berbanding lobak merah. Selain itu, Spirulina juga kaya dengan vitamin B kompleks yang penting dalam proses penghasilan tenaga dan fungsi saraf.

Spirulina kaya dengan klorofil yang terkenal kerana fungsinya sebagai agen pembersih dan turut membantu proses detoksifikasi yang juga ideal untuk mereka yang ingin mengawal berat badan. Begitu juga dengan pigmen tumbuhan lain seperti fikosianin dan karotenoid yang membantu dalam menguatkan fungsi imun. Anda juga boleh mengambil lesitin sebagai suplemen tambahan harian kerana ia boleh membantu pemecahan lemak.

Pilihan semula jadi masalah sembelit

Saya kerap mengalami sembelit. Untuk mengurangkan sembelit, saya kerap menggunakan laksatif (julap). Namun, seorang rakan menasihati saya agar menghentikan pengambilan laksatif kerana ia akan memberi kesan yang boleh memudaratkan dalam jangka panjang dan menyarankan agar saya menggunakan alternatif lain. Apakah alternatif yang saya ada untuk masalah ini?

JAWAPAN:

Adalah penting untuk mengenali penyebab-penyebab sembelit agar anda mampu menanganinya dengan lebih berkesan. Antara penyebab yang dikenalpasti termasuklah kurang pengambilan serat, pengambilan karbohidrat ringkas yang tinggi serta kurang minum air. Gaya hidup yang tidak aktif atau kurang senaman, serta penggunaan bahan laksatif yang keterlaluan juga turut memburukkan masalah sedia ada. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masalah kesihatan juga memainkan peranan ke arah sembelit.

Bagi mereka yang mengalami sembelit, pengambilan probiotik seharusnya dijadikan suplemen harian. Probiotik merupakan bakteria bermanfaat yang memainkan peranan dalam mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang tidak diingini seperti yis kandida dan pelbagai bakteria yang menyebabkan penyakit. Probiotik juga membantu mengekalkan flora usus yang sihat untuk proses penghadaman yang baik dan juga asimilasi makanan.

Probiotik Lactobacillus acidophilus NCFM merupakan strain yang dikaji lebih daripada 30 tahun dan terbukti secara klinikal dalam memperbaiki masalah penghadaman dan menangani simptom- simptom yang timbul akibat ketidaksempurnaan sistem penghadaman seperti sembelit. Malah, pengambilan secara berterusan dalam jangka panjang turut memberi manfaat dalam menguatkan sistem imuniti badan.

Memandangkan masalah sembelit lazimnya berkait rapat dengan cara pemakanan, maka perubahan diet adalah perlu. Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayuran berdaun hijau, betik, buah prun dan sebagainya. Minum air sekitar lapan gelas sehari, di mana dua gelas dicadangkan untuk diambil setiap kali selepas setiap hidangan berserat. Tingkatkan aktiviti fizikal seperti senaman juga dapat membantu. Makanan yang tinggi dengan gula dan lemak pula mungkin akan memperlahankan penyingkiran bahan kumuh.

Ketagihan masalah utama

HARI Tanpa Tembakau Sedunia 2008 akan disambut untuk julung kalinya pada 31 Mei ini (Sabtu). Bagaimanapun, di manakah kita dalam usaha memerangi rokok dan produk tembakau kini?

Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Zarihah Mohd. Zain menjelaskan maklumat terkini menunjukkan Malaysia kini mempunyai kira-kira 2.73 juta perokok.

“Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.61 juta perokok lelaki (95.6 peratus) dan 120,000 perokok wanita (4.4 peratus).

“Bilangan perokok juga lebih tinggi di bandar yang berjumlah 1.56 juta (57.1 peratus) sementara 1.17 juta perokok lagi dari kawasan luar bandar (42.9 peratus),” ujarnya.

Menurut Dr. Zarihah, kaum Melayu merupakan perokok paling ramai, berjumlah 1.66 juta (60.9 peratus) sementara kaum India paling sedikit dengan jumlah 150,000 perokok sahaja (5.5 peratus).

Namun, tahukah anda bahawa seorang perokok baru boleh mati jika menghisap lebih 40 batang rokok dalam masa satu hari?

Ahli Pengasas Persatuan Penyelidikan Nikotina dan Tembakau (SRNT), Profesor Dr. Karl Olov Fagerstrom menjelaskan otak perokok baru boleh ‘memberontak’ jika menerima terlalu banyak nikotina sebelum dapat menyesuaikan diri (adaptasi).

“Perokok ‘veteran’ dapat merokok sehingga lebih 40 batang rokok dalam satu hari kerana otak mereka telah menyesuaikan diri dengan jumlah nikotina yang banyak.

“Bagaimanapun, otak perokok veteran juga akan memberontak jika mereka berhenti merokok memandangkan otak perokok telah membentuk pergantungan terhadap jumlah nikotina yang tinggi,” katanya.

Menurut beliau, perokok memerlukan keazaman yang kuat untuk berhenti merokok jika telah membentuk pergantungan nikotina yang kuat.

Dr. Fagerstrom turut menjelaskan WHO menamakan tabiat merokok sebagai faktor utama punca penyakit boleh dicegah.

“Tembakau menjadi punca penyakit seperti kanser, penyakit vaskular serta masalah sistem pernafasan seperti bronkitis kronik dan penyakit paru-paru.

“Mengikut Klasifikasi Penyakit Antarabangsa, pergantungan kepada tembakau dikelaskan sebagai sejenis penyakit, sama seperti pergantungan kepada alkohol,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan seorang perokok, yang telah merokok seumur hidupnya, meninggal dunia setiap saat akibat penyakit berkaitan tembakau.

Penilaian pergantungan nikotina

Antara yang paling memeranjatkan Dr. Fagerstrom bila tiba di Malaysia adalah melihat ramai wanita (tempatan) yang merokok secara terbuka.

“Saya terperanjat melihatkan ramai wanita yang merokok di sebuah hotel tempatan tempat saya menginap baru-baru ini.

“Mungkin bagi sesetengah pihak yang mempunyai pandangan kuat dalam isu merokok (anti merokok), perokok dilihat sebagai golongan kelas bawahan. Namun, mereka adalah pesakit yang perlu dibantu mengatasi pergantungan terhadap nikotina,” jelasnya.

Melihatkan masalah pergantungan nikotina kurang dibangunkan secara amalan klinikal, beliau mengasaskan Ujian Pergantungan Kepada Nikotina Fagerstrom. Melalui enam soalan mudah, perokok dapat menentukan tahap pergantungan mereka terhadap nikotina.

Rasa terdesak untuk merokok pada waktu pagi selepas bangun dari tidur dan bilangan rokok yang dihisap dalam satu hari menjadi antara penanda aras utama pergantungan terhadap nikotina.

Dr. Fagerstrom menyatakan perokok sendiri setuju pergantungan nikotina merupakan satu masalah tetapi memilih untuk cuma menganggapnya sebagai satu tabiat buruk semata-mata.

“Nikotina memenuhi kriteria pergantungan (ketagihan) kepada sejenis dadah, dengan 50 hingga 60 peratus perokok diklasifikasikan mempunyai pergantungan nikotina.

“Pergantungan ini menyebabkan badan perokok perlu mendapatkan nikotina dalam jumlah tertentu selepas bangun tidur (dan secara berpanjangan) kerana nikotina digunakan dengan pantas (sekitar dua jam) oleh badan,” ujarnya.

Menurut Dr. Fagerstrom, rokok rendah nikotina akan menyebabkan perokok memerlukan lebih banyak rokok, sedutan yang lebih dalam serta lebih lama di dalam paru-paru bagi mendapatkan jumlah nikotina yang diperlukan otak.

“Perokok juga ditipu dengan dakwaan rokok tertentu kurang bahaya dan kurang tar sedangkan risiko mereka mendapat penyakit seperti kanser tetap sama.

“Penapis rokok yang didakwa kurang tar ditebuk supaya rokok dicairkan oleh udara. Namun, perokok dengan tidak sengaja akan menutup lubang tersebut ketika merokok, menyebabkan jumlah tar yang disedut tetap sama,” katanya.

Ingin berhenti

Nikotina tidak berbahaya tetapi membentuk pergantungan seperti yang berlaku kepada mereka yang gemar minum kopi atau teh (kafein). Namun, pergantungan ini menyebabkan perokok terus menyedut bahan kimia berbahaya di dalam tembakau.

Tabiat psikologi perokok juga akan memainkan peranan dalam usaha mereka berhenti merokok. Ubat tertentu boleh membantu tetapi bukannya penyembuh ajaib.

Menurut Dr. Fagerstrom, usaha berhenti merokok turut bergantung kepada persekitaran dan masyarakat.

“Jika semua orang merokok (seperti dalam penjara) atau sering melihat rakan atau iklan rokok, pasti lebih sukar untuk berhenti.

“Masyarakat perlu menjadi lebih negatif terhadap rokok dan produk tembakau sementara mereka yang tidak merokok perlu berani meminta perokok untuk tidak merokok di tempat awam,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan individu yang tidak merokok juga mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi menghidap kanser paru-paru jika pasangan mereka merokok.

Perokok yang merokok sebagai satu tabiat dan bukan kerana pergantungan pula dilihat lebih sukar berhenti merokok terutamanya jika persekitaran dipenuhi perokok lain atau iklan rokok. Perokok boleh cuba berhenti secara mendadak (cold turkey - kulit seperti kulit ayam dicabut bulu), tetapi 95 peratus yang mencuba kaedah ini akan gagal jika tidak mendapatkan bantuan dan sokongan.

Perokok itu pesakit

Perokok adalah pesakit saya! Itulah tanggapan Dr. Fagerstrom terhadap perokok yang ingin berhenti merokok.

“Orang ramai mungkin tertanya-tanya mengapa produk tembakau terus dijual jika ia mengambil satu nyawa setiap saat.

“Nikotina adalah sejenis dadah dan pergantungan terhadapnya serupa dengan ketagihan dadah. Kita sepatutnya membantu mereka,” jelasnya.

Menurut beliau otak sesetengah individu juga berfungsi lebih baik dengan adanya nikotina. AS menjadi contoh jelas di mana lima peratus doktor di sana merokok sedangkan banyak tekanan diberikan supaya penduduk negara itu berhenti merokok.

Apa yang sepatutnya kita dilakukan adalah membantu perokok berhenti merokok dan menyedarkan mereka merokok itu bukan hanya mencemar persekitaran tetapi juga badan mereka sendiri.

Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Sabtu ini, mungkin perokok dapat memainkan peranan dengan mengurangkan atau tidak merokok, walaupun cuma untuk satu hari. Bagi mereka yang tidak merokok, jadikanlah hari tersebut untuk meminta kenalan dan orang tersayang mengurangkan atau tidak menggunakan produk tembakau. Elakkan rokok, dan mungkin saat berikutnya tidak meragut nyawa anda.

Sumbangan rokok kepada dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan penggunaan tembakau mungkin menyebabkan lebih satu bilion kematian sepanjang abad ini, dengan China dan India masing-masing menganggarkan hampir satu juta rakyat mereka maut akibat tembakau setiap tahun. Abad ke-20 telah mencatatkan 100 juta kematian akibat tembakau dan dijangka meningkat 10 kali ganda abad ini jika tindakan berkesan tidak diambil dengan segera.

Mengikut jangkaan WHO, kematian berkaitan tembakau mungkin meningkat kepada lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030, 80 peratus daripadanya di negara membangun. Satu laporan WHO juga mengenalpasti peningkatan bilangan perokok kini paling banyak berlaku di negara berpendapatan rendah yang dikaitkan dengan peningkatan bilangan penduduk.

Di India, hasil penyelidikan yang menunjukkan satu daripada 10 kematian di negara itu akan berpunca daripada penggunaan tembakau menjelang 2010. Kumpulan penyelidikan berkenaan menjelaskan perokok bukan sahaja akan maut akibat kanser dan masalah paru-paru malahan juga akibat tuberkulosis (tibi) dan penyakit jantung.

Antara kaedah yang telah disarankan untuk mengawal tabiat merokok termasuk polisi mencegah (daripada mula merokok), melindungi orang ramai daripada asap rokok (perokok pasif), menawarkan bantuan untuk perokok berhenti merokok dan penguatkuasaan terhadap larangan iklan rokok serta meningkatkan cukai terhadap rokok. Kos penggunaan tembakau di seluruh dunia pula dikatakan mencecah beratus bilion dollar setiap tahun dengan AS sahaja mencatatkan anggaran kerugian ekonomi AS$92 bilion (RM295.14 bilion) setiap tahun.

WHO baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk satu perjanjian antarabangsa baru dalam menentang perdagangan tembakau secara haram menjelang 2010. Perdagangan tembakau secara haram dianggarkan merangkumi 10 peratus jualan tahunan tembakau dunia yang menyebabkan kerugian antara AS$40 hingga AS$50 bilion (RM128.33 hingga RM160.40 bilion) setiap tahun. Tindakan terhadap perdagangan haram tembakau dilihat amat penting bagi melindungi generasi muda daripada mula dan ketagih merokok berikutan harga rokok seludup yang jauh lebih murah.

Thursday, May 08, 2008

Kalori

Sharing Is Caring!!!









CONTOH MAKANAN & KALORI NYA

CONTOH MAKANAN & KALORI NYA(Copy&Paste eje... 4 sharing)

Info hasil perkongsian rakan2 siber..

ni ada cth from forum sebelah..
Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategoriminuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil pencarian XoXo..

1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur 20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti less 100
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

1tbsp sos2 .. 20-40

~~~ credited to XoXo ( from cari.com)

french fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal
hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal
Big Mac - 1 570Kcal

~~~~ credited to marisa_anuar( from cari.com)



Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)
Mi bandung/Bandung noodles
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
Nasi minyak/Oily rice

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)
Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)
Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam


OTHER TRADITIONAL KUIH

Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)
Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
Emping/Emping

Rendah / Low (0-50 kcal)
Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)

SangatTinggi / Very high (>300 kcal)
Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)

Tinggi / High (151-300 kcal)
Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal)
Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam

Rendah / Low(0 - 50 kcal)
Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit

Ehsan dari forum .... cari.com.my

*************************************************************************************

SHARING IS CARING..


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Tteh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl ric

Jadikan tabiat makan yang sihat amalan seisi keluarga

DALAM masyarakat sekarang, tradisi makan bersama keluarga di rumah hampir luput.
Namun, pakar penyelidik berpendapat, usaha menghidupkan kembali tradisi ini boleh
membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mencegah amalan yang
memudaratkan. Menurut Journal of Adolescent Health, makan bersama keluarga adalah
cara yang baik untuk mengelakkan tabiat makan yang boleh mendatangkan mudarat.
Pakar penyelidik mencadangkan ibu bapa menumpukan perbualan kepada isu-isu ringan
di meja makan, lebih-lebih lagi jika anak-anak cerewet makan.

Amalan bersama sarapan pagi dan makan malam di rumah dapat mengurangkan
pergantungan dan pengambilan makanan kurang sihat, mengurangkan makan di luar,
meningkatkan pengambilan makanan lebih sihat, membantu kanak-kanak dan remaja
memupuk emosi yang positif dan menjaga kesihatan fizikal serta mengakrabkan
hubungan keluarga.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan keluarga mereka mengamalkan
tabiat makan yang sihat dengan:

* Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang kaya nutrien. Kita perlukan lebih 40
nutrien berlainan untuk menjamin kesihatan. Sebaik-baiknya, kita perlu mengambil
makanan bijirin penuh. Roti mil penuh, biskut mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran menambah serat dan nutrien ke dalam diet harian kita.

* Sentiasa membuat perubahan kecil tetapi bijak untuk menjamin tabiat makan yang
sihat. Ingatlah, 1 gram lemak memberi 9 kalori,1 gram karbohidrat/protein membekalkan
4 kalori, bermakna lemak menggandakan jumlah kalori.

* Maklumat pemakanan pada label memberitahu tentang kalori dan nutrien seperti lemak,
kolesterol, natrium, serat dan vitamin serta zat galian tertentu dalam setiap hidangan produk. Gunakan label ini sebagai panduan selain memastikan tarikh luputnya. Waktu paling baik membeli-belah ialah semasa perut kenyang. Dengan ini, anda tidak teruja membeli makanan berlebihan.

* Walau di mana kita menjamu selera atau membeli makanan, kita boleh menyesuaikan
makanan kegemaran dengan tabiat makan dan gaya hidup sihat. Gula boleh menjadi
sebahagian daripada diet yang sihat tetapi berwaspada dengan gula tersembunyi.

* Sekiranya anda gemarkan snek, banyak pilihan snek rendah lemak seperti sandwic,
popiah basah, kuih keladi kukus, buah-buahan, biskut mil penuh, yogurt rendah lemak,
bertih jagung (popcorn) tanpa sira dan lain- lain. Snek bukan untuk menggantikan sajian utama. Pengambilan sedikit snek mencukupi untuk menghilangkan kelaparan antara
waktu makan tanpa menjejaskan selera makan.

* Pastikan diet harian mengandungi 5 sukatan sayuran dan buah-buahan. Pilih sayuran
berdaun hijau gelap, sayuran buah- buahan, tauge dan banyak lagi. Gunakan sedikit
minyak untuk menumis tetapi jangan masak sayur terlalu lama. Makan sayur mentah
sebagai ulam.

* Bersenam dengan cara menyeronokkan. Joging bersama keluarga. Turun naik tangga.
Berjalan kaki ke kedai berhampiran, mencuci kereta. Tanam sayur-sayuran di laman
belakang rumah. Rancangkan riadah keluarga.

* Matlamat untuk mengubah tabiat makan secara sihat mesti realistik. Perubahan tidak
bermakna anda tidak boleh mengambil sesuatu makanan atau mengikat perut. Amalkan
kesederhanaan dan keseimbangan. Kurangkan makanan goreng kepada dua kali
seminggu, kurangkan santan dan buang kulit ayam dan lemak daging

* Kurangkan makanan berkalori tinggi dan imbangkan dengan pilihan nutrien secara
bijak. Kawal saiz hidangan.

* Minta saiz hidangan yang lebih kecil apabila makan di luar. Minta kurangkan minyak
jika memesan mi goreng atau roti canai. Dapatkan kepastian tentang menu. Tanya
bagaimana sesuatu sajian disediakan.

* Pelbagaikan cara penyediaan makanan. Jika makan nasi lemak dan minum teh tarik
semasa sarapan, pilih sajian lebih ringan untuk tengah hari seperti sedikit nasi dan sayursayuran, sekeping ikan masak kicap dan sepotong buah. Ambil semangkuk mi sup dengan rencah daging tanpa lemak, lebih sayur, sepotong buah untuk makan malam.

* Nasi, pasta, ubi kentang, roti, mi dan produk bijirin yang lain adalah rendah lemak dan kaya dengan nutrien dan serat. Ingatlah, kurangkan lemak bila anda memasaknya.

* Dapatkan maklumat tentang makanan dan pemakanan yang sesuai untuk anda
sekeluarga daripada pakar diet/pemakanan

* Baiki cara memasak dan gunakan kaedah inovatif. Resipi tradisional boleh diperbaiki
untuk mengurangkan lemak dan kalori. Cuba memanggang, mengukus, membakar dan
menyalai. Gunakan ramuan semula jadi seperti asam jawa, sos soya, bawang putih, halia, bawang besar, cuka, serbuk kari, serai dan lain-lain rempah sebagai perasa.

* Masak daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan udang tanpa kepala untuk menjamin
sumber protein yang lebih sihat. Dal, pis, kekacang dan tauhu adalah sumber protein yang lebih baik kerana kaya serat.

* Hadkan pengambilan kuah salad dengan kandungan lemak tinggi, makanan bergoreng,
minuman alkohol, daging diproses, dan lemak tepu.

Kesimpulan

Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincangkan dengan anak-anak
tentang Piramid Panduan Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh
dinikmati. Jelaskan kepada mereka bahawa anda membuat pilihan makanan yang sihat
bila membeli keperluan dapur dan buat pilihan yang sihat bila membawa mereka makan
di luar. Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar,
seperti memesan minuman susu rendah lemak atau air kosong.

Sebagai ibu bapa, pilihan yang anda buat akan mempengaruhi pilihan anak-anak anda.
Jika anda memilih makanan yang sihat, besar kemungkinan anak-anak anda juga akan
menggemari makanan yang sihat. Hasil beberapa kajian selama dua dekad yang lalu
menunjukkan anak-anak cenderung mengikut tabiat makan ibu bapa. Jadi, kita perlu
menunjukkan contoh yang baik dan mempengaruhi tabiat makan dan pilihan makanan
anak-anak.