Tuesday, July 01, 2008

Hidangan rendang seloka

Bahan-bahannya :

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 ekor ayam (potong lapan)

3 cawan santan
1/2 cawan kerisik
2 helai daun salam
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
4 keping asam keping
1 keping gula jawa
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus:

10 tangkai cili kering (rebus)
8 tangkai cili api
4 sentimeter (sm) kunyit hidup
5 sm lengkuas
5 batang serai
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar

Cara menyediakan masakan:

1. Perap ayam bersama bahan kisar selama setengah jam.

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis ayam yang sudah diperap untuk seketika.

3. Masukkan santan dan kerisik. Masak selama lima minit.

4. Masukkan daun salam, daun limau purut, daun kunyit, asam keping dan gula jawa. Kacau hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan garam.

6. Masak dengan api kecil secara perlahan-lahan sehingga kelihatan minyak di permukaan rendang atau pecah minyak.

7. Siap dihidang.

Petua: Untuk memilih lengkuas, pilihan Chef Liza adalah lengkuas muda berwarna merah jambu kerana ia lebih mudah dikisar.

0 Comments: