Monday, April 28, 2008

Senarai orang kaya Britain

BEKAS ratu cantik Britain, Kirsty Bertarelli kini merupakan wanita paling kaya di Britain dengan menewaskan Ratu Elizabeth II berdasarkan anggaran yang dilakukan oleh akhbar Sunday Times semalam.

Dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Ernesto Bertarelli dan buat pertama kalinya berada dalam senarai terkaya untuk 2008 itu.

Senarai itu mengambil kira jumlah harta yang dimiliki oleh ahli keluarga.

Kirsty memenangi pertandingan ratu cantik Britain pada 1988 ketika berumur 17 tahun dan mula memperoleh kekayaan selepas berkahwin dengan Bertarelli, 43.

Bertarelli mewarisi sebuah syarikat farmaseutikal daripada bapanya dan berjaya bergelar jutawan ketika ledakan teknologi bio pada 1990-an.

Pasangan itu dilaporkan mempunyai harta berjumlah £5.65 bilion (RM35.28 bilion) dan Kirsty kini boleh membeli seberapa banyak tiara yang diingininya.

Ibu kepada bekas ratu cantik itu, berkata, anaknya itu berasal daripada keluarga kelas pertengahan yang tinggal di Staffordshir, Manchester.

"Walaupun Kristy kini bergelar bilionair tetapi dia tidak pernah berubah dan kerap pulang ke rumah untuk menjenguk ibunya," katanya.

Kirsty juga kurang dikenali di Britain dan dia juga tidak gemar mencari publisiti serta jarang bercakap di tempat awam.

Ibunya mendedahkan bahawa anaknya itu pernah dijangkiti penyakit meningitis yang boleh membawa maut tetapi berjaya sembuh dan meneruskan cita-citanya.

Pada usia 17 tahun, Kirsty mula terkenal selepas memenangi pertandingan ratu cantik Britain dan mendapat tepat ketiga dalam pertandingan ratu cantik dunia.

Sementara itu, tempat pertama senarai itu diduduki oleh seorang ahli perniagaan besi dari India, Lakshmi Mittal dan keluarganya.

Beliau yang menduduki tempat pertama selama empat tahun berturut-turut itu dilaporkan memiliki harta bernilai £27.7 bilion (RM173 bilion).

Tempat kedua diduduki oleh usahawan minyak Rusia, Roman Abramovich yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea di Britain dengan kekayaan berjumlah £11.7 bilion (RM73.1 bilion).

Pemilik hartanah terkenal, Duke of Westminster pula menduduki tempat ketiga dengan harta £7 bilion (RM43.71 bilion) diikuti oleh dua adik beradik, Sri dan Gopi Hinduja yang mempunyai harta berjumlah £6.2 bilion (RM38.72 bilion).

Ratu Elizabeth II pula berada di tangga ke-264 dengan harta bernilai £320 juta (RM1.99 bilion) dan harta dua cucunya, Putera William serta Putera Harry bernilai £35 juta (RM218.58 juta).

Kekayaan penulis siri novel Harry Potter, J. K. Rowling meningkat sebanyak £15 juta (RM93.68) kepada £560 juta (RM3.49 bilion).

Hero filem ahli sihir remaja tersebut, Daniel Radcliffe mempunyai harta bernilai £20 juta (RM124.9 juta) walaupun masih berumur 18 tahun.

Harta pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan isterinya, Victoria juga meningkat sebanyak £13 juta (RM81.19 juta) kepada £125 juta (RM780.67 juta).

Seorang lagi pemain bola sepak terkenal, Michael Owen pula menjadi pemain bola sepak terkaya di Britain dengan harta bernilai £41 juta (RM256 juta).

Kekayaan bekas anggota kumpulan The Beatle, Paul McCartney pula merosot daripada £725 juta (RM4.53 bilion) kepada £500 juta (RM3.12 bilion) selepas dia bercerai dengan isterinya, Heather Mills.

Antara selebriti terkenal yang termasuk dalam senarai itu ialah penyanyi popular, Madonna dan suaminya, Guy Ritchie yang memiliki harta berjumlah £300 juta (RM1.87 bilion).

Tempat kelima senarai itu diduduki usahawan besi dan perlombongan dengan harta berjumlah £5.72 bilion (RM35.72 bilion) dan diikuti oleh Ernesto Bertarelli dan isterinya Kristy.

Usahawan pembungkusan, Hans Rausing dan keluarganya berada di tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai £5.4 bilion (RM33.72 bilion) diikuti oleh usahawan perkapalan, John Fredriksen di tangga kelapan dengan harta berjumlah £4.65 bilion (RM29 bilion)

Seorang lagi ahli perniagaan peruncitan, Philip Green dan isterinya berada di tempat kesembilan dengan harta bernilai £4.33 bilion (RM27.04 bilion).

Dua adik beradik David dan Simon Reuben yang merupakan usahawan hartanah berada di tangga 10 dengan harta bernilai £4.3 bilion (RM26.85 bilion). - Agensi

Makanan cantikkan kulit

"SAYA ingin memperoleh kulit yang cantik dan berseri. Saya telah mencuba beberapa jenis krim penjagaan kulit yang berjenama tetapi hasilnya kurang memuaskan. Adakah cara lain untuk mencapai hasrat ini?"

JAWAPAN: Wanita mengalami banyak perubahan pada kulitnya seperti kekurangan penghasilan sebum, kehilangan keanjalan dan proses pemulihan semakin lemah akibat perubahan hormon yang bermula sejak usia baligh, kehamilan dan menopaus. Biasanya, kita menjaga kesihatan kulit secara luaran dengan penggunaan krim ataupun mengunjungi salun kecantikan untuk mencantikkan kulit.

Tetapi, mungkin kita tidak sedar bahawa vitamin, mineral dan asid lemak perlu (EFA) yang mencukupi juga diperlukan ke arah memperoleh kulit yang sihat dan cantik. Sebenarnya, apa yang dimakan lebih penting berbanding penggunaan produk secara luaran bagi mengekalkan kecantikan kulit.

Asid lemak Omega 6 daripada minyak evening primrose disarankan untuk kesihatan kulit. Kajian (oleh R.Muggli pada Ogos 2005) yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science menunjukkan bahawa pengambilan tiga gram (gm) minyak evening Primrose Rigel setiap hari selama tiga bulan boleh melambatkan penuaan kulit.

Tumbuhan Rigel juga menghasilkan minyak yang mengandungi 33 peratus lebih Asid Gama Linolenik (GLA) sedangkan hanya dos yang lebih rendah diperlukan untuk pengekalan kulit sihat. Pengambilan minyak evening primrose memberi manfaat kepada kelembapan, kehilangan air, keanjalan, ketegangan, daya tahan dan kekasaran kulit.

kajianDengan itu, sekiranya anda inginkan pelembap dan produk rawatan diserap oleh kulit dengan lebih baik, pengambilan EFA adalah perlu. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan EFA bersama antioksida seperti vitamin A, C dan E berkesan bagi memperbaiki kesihatan dan merawat masalah kulit termasuk dermatitis dan ekzema.

Vitamin A penting untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit, vitamin C membantu pembentukan kolagen (fiber penyokong kulit) dan vitamin E merangsang pemulihan dan pembaikan tisu. Ia mencegah kerosakan sel dengan menghalang pengoksidaan lemak dan pembentukan radikal bebas. Kekurangan zink boleh melambatkan proses penyembuhan luka atau jerawat. Zink bersama vitamin E pula menggalakkan pemulihan tisu untuk kulit yang muda serta mungkin membantu masalah kulit yang berparut.

Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksima, pengambilan nutrien antioksida memerlukan kombinasi yang lebih menyeluruh kerana kekurangan sesetengah nutrien akan menjejaskan kulit atau anda tidak akan memperolehi kesan yang sepatutnya. Dengan itu, pengambilan kombinasi beberapa nutrien antioksida yang mengandungi beta karotena, vitamin C, E, selenium dan zink dalam satu tablet merupakan langkah pencegahan daripada kerosakan radikal bebas.

Antioksida lazimnya boleh didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang seperti labu, tomato, bayam, sengkuang merah, karot, brokoli, betik dan jambu. Jika tidak pasti dengan diet anda, suplemen tertentu boleh menjadi pilihan.

Tak faham atau tak peduli?




MASYARAKAT perlu dididik mengenai kepentingan fakta nutrisi sebagai rujukan khasiat produk makanan.


BAGI mereka yang mementingkan tahap kesihatan, diet atau disiplin dalam pengambilan makanan setiap hari adalah kunci utama terhadap pengurangan lemak dan kalori berlebihan.

Justeru, fakta nutrisi pada label setiap produk makanan yang dijual sangat penting untuk dijadikan panduan. Namun, berapa ramaikah yang tahu dan faham dengan fakta yang tercatat di situ?

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa buah farmasi dan pasar raya di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan pengguna masih memandang mudah label bertulisan halus tersebut.

Malah ketika ditanya mengenai maklumat label berkenaan, jawapan yang diberikan juga amat mengejutkan iaitu mereka tidak begitu faham dengan isi kandungan label yang memaparkan maklumat nutrisi makanan.

"Saya cuma baca kandungan lemak. Kalau tidak tinggi (nilai nutrisi) saya akan beli saja. Selebihnya saya tidak faham sangat," kata seorang guru, Kamaruddin Azizi, 38, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ujarnya lagi, maklumat yang terdapat pada label agak teknikal dan membuatkannya sekadar melihat sekali imbas.

Di samping itu, pemerhatian yang dilakukan mendapati cara penyampaian maklumat di label produk juga menjadi antara faktor ia kurang diberi perhatian oleh pengguna.

Bagi pegawai kewangan di sebuah bank di ibu negara, Vinod Raj, 28, label maklumat nutrisi yang dipamerkan tidak begitu praktikal kerana ia kurang menarik manakala saiz tulisan yang dipaparkan amat kecil.



MAKLUMAT fakta nutrisi yang terletak pada pek makanan perlu dijadikan panduan utama ketika membeli barang. - Gambar hiasan






"Ada produk tulisannya agak halus. Saya sendiri yang mementingkan maklumat pada label, sering menghadapi masalah untuk membaca dan membuat kiraan nilai nutrisi produk," katanya yang aktif bersukan di tempat kerjanya.

Tiada kesedaran dan pendidikan dari peringkat awal turut menyumbang kepada kejahilan dalam memahami label produk.

"Malah sogokan terhadap cara hidup sihat yang ditekankan juga dilihat tidak berjalan secara menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek," ujar Elena Yeoh, 29, dari Sungai Besi.

Pekerja di sebuah farmasi terkenal itu menambah: "Kesedaran terhadap pengambilan makanan seimbang tidak akan berlaku sekiranya kefahaman terhadap nilai nutrisi pada sesuatu produk tidak ditekankan."

Ujar beliau, kesihatan yang baik bermula daripada pemakanan yang betul dengan kandungan nutrisi yang tepat.

"Semua ini hanya boleh dilakukan kalau kita membaca dan memahami maklumat pada label produk dan ini tidak terhad pada makanan sahaja," jelasnya.

Pakar nutrisi kena ada di pasar raya

“ADA banyak kegunaan label makanan kepada masyarakat namun secara dasar, pengguna ingin tahu bagaimana untuk menggunakan maklumat dengan lebih efektif dan mudah,” ujar Pakar Diet dan Nutrisi, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Bagi memudahkan proses tersebut, pakar diet harus ditempatkan di setiap pasar raya untuk menjelaskan kemusykilan pengguna mengenai isi kandungan setiap produk yang dibeli.

Malah tanggapan pakar diet dan nutrisi sekadar diperlukan di farmasi atau hospital harus dibuang kerana kemahiran tersebut mampu memberi perspektif baru dalam bidang kesihatan awam.

“Produk tidak hanya melibatkan tarikh luput dan logo halal. Isi kandungannya juga memainkan peranan dalam memastikan pengguna tahu apa yang mereka makan,” katanya.







Ini lebih-lebih lagi produk yang melibatkan kanak-kanak dan ibu hamil kerana kesannya amat besar jika tidak memahami kandungannya.

“Kadar saiz hidangan, jumlah kalsium, jenis gula dan garam yang digunakan akan memberi implikasi terhadap sistem tubuh terutama ibu mengandung,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pemilihan sesuatu produk terutamanya makanan perlu dilakukan seperti membaca buku iaitu dari kulit ke kulit.

“Jangan hanya paparan di depannya menarik, kita terus lupakan apa yang dicatatkan di belakang,” katanya.

Menjawab mitos diet

Selain melakukan aktiviti senaman untuk mengeluarkan peluh serta pemakanan yang seimbang dan terkawal, ramai antara kita masih keliru dengan beberapa perkara.

BENARKAH dengan minum banyak air akan mengenyangkan perut seterusnya mengelakkan kita makan lebih banyak?

KEBANYAKAN daripada kita 'menghidap' menyakit malas. Berbanding pergi ke gimnasium atau keluar berjoging, ramai di antara kita yang masih percaya pada krim dalam botol yang menjanjikan paha dan pinggang yang lebih terbentuk dan langsing.

Selain itu, kini sudah muncul banyak jenis diet yang dicipta oleh kita sendiri. Soalnya, maklumat dan tabiat apakah yang perlu kita ikuti?

Tidak makan nasi

Hasratnya adalah untuk mengurangkan berat badan, tetapi jika dilakukan dengan kaedah yang salah, ia boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat.

Rasa letih, sembelit dan komplikasi perut lain adalah masalah yang boleh berlaku, termasuklah kesan jangka panjang seperti penyakit jantung dan kanser kolon.

Sama seperti lemak, karbohidrat sering dipandang buruk dan membahayakan mereka yang menjaga ukur lilit pinggang. Sedangkan pakar kesihatan menyatakan bahawa karbohidrat diperlukan untuk menjana tenaga. Sejumlah 130 gram karbohidrat disyorkan dalam pengambilan harian.

Karbohidrat sihat terkandung dalam bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran sementara sumber seperti minuman soda dan makanan yang menggunakan tepung boleh dilupakan.

Makanan rendah lemak

Kita percaya rendah lemak bermakna kurang kalori, lalu ia lebih sihat berbanding lemak penuh. Anda silap. Tidak semuanya semudah yang anda congak di dalam fikiran.

Produk rendah lemak lazimnya mempunyai kandungan tambahan seperti gula dan tepung yang tinggi. Ia membuatkan anda lebih cepat berasa lapar.

Adakalanya produk berlabel 'rendah lemak' mengandungi lebih banyak kalori daripada produk lemak penuh.

Maka satu-satunya cara untuk memastikan produk rendah lemak yang diambil itu benar-benar memanfaatkan kesihatan, periksa maklumat kandungan dan nutrisi mengikut perbandingan antara kedua-dua jenis produk.

Jika anda berpuas hati, barulah membelinya untuk diisi ke dalam peti sejuk dan perut anda!

PENGAMBILAN nasi sering dipersalah golongan yang gila berdiet.

Kalori jadi lemak

Di kalangan masyarakat bandar, 'kepercayaan' ini merujuk kepada kalori yang diambil selepas waktu matahari terbenam. "Oh! Hari sudah bertukar malam, jangan makan banyak sebab nanti kita terus tidur dan tidak menggunakannya!"

Fakta sebenarnya adalah: Jika anda makan lebih banyak kalori berbanding yang digunakan oleh tubuh dalam sehari, lemak tetap terbentuk daripada simpanan kalori yang tidak digunakan. Maka, tiada kaitan khusus antara kalori dengan waktu ia diambil.

Banyak minum air

'Saya kurus kerana banyak minum air'. Kalau orang yang berkata demikian itu benar sudah kurang berat badannya, anggaplah sama ada dia bertuah, atau kurang bijak.

Jika tabiat meminum air manis seperti jus, soda serta teh berperisa digantikan dengan air kosong, ini bermakna pengambilan kalori yang kurang dan ia boleh mengurangkan berat badan.

Namun, pengambilan air yang sengaja ditambah tidak akan mengurangkan berat badan. Biarpun air boleh membuatkan seseorang berasa cepat kenyang, namun ia bersifat sementara.

Ini kerana rasa lapar bukan datang semata-mata daripada saiz dan fungsi perut yang minta diisi, tetapi juga keperluannya untuk menyerap nutrisi dalam makanan. Banyak minum air juga tidak meningkatkan metabolisme atau 'mencuci' lemak.

Bersenam ketika lapar

Ia boleh membakar lebih banyak lemak, bukan? Tidak semudah itu! Apabila sedang melakukan rutin aerobik, tubuh manusia membakar lemak serta karbohidrat yang tersimpan dalam makanan yang baru dimakan.

Maka, jika snek dan hidangan sebelum bersenam itu tidak diambil, maka tiada karbohidrat simpanan untuk dibakar dan sebaliknya sistem tubuh akan mula menggunakan jisim otot sebagai ganti.

Kekurangan otot bermakna kadar metabolisme yang rendah. Anda juga akan cepat berasa letih dan seterusnya tidak banyak kalori yang berjaya dibakar.

Seseorang perlu makan sekurang-kurangnya tiga atau empat jam; atau mengambil snek satu atau dua jam sebelum mula bersenam.

BERSENAM adalah cara terbaik untuk mengawal berat badan, namun ia bukan lesen untuk kita makan apa sahaja yang terlintas di fikiran selepas berjaya membakar kalori.

Makan kerana bersenam

Ramai yang menyangka mereka boleh makan apa sahaja sekiranya rajin bersenam. Benarkah?
Sesi mengayuh basikal atau berlari di atas treadmill selama setengah jam di gimnasium masih belum memberikan anda lampu hijau untuk menyerbu meja bufet sesuka hati.

Walaupun senaman membakar kalori, berat badan masih cenderung untuk bertambah jika seseorang mengambil saiz hidangan besar bagi makanan yang tidak sihat.

Sering mengeluarkan peluh bukan memastikan anda terselamat daripada kesan daripada setiap yang dimakan. Namun, bukan bermakna anda tidak boleh memuaskan keinginan itu sekali-sekala.

Copy & Paste from Kosmo Article

Wednesday, April 02, 2008

ntah apa apa

Kadangkala kita akan terasa amat bosan apabila sering dikritik dan kadangkala kita akan berasa sangat gembira apabila mendapat pujian demi pujian...

Anyway arini tatau nak tulis aper...banyak sangat kejadian yang tak disangka-sangka terjadi sejak dua menjak ni..maybe kurang rest..my flu lum ok lagik dah berminggu jugak..

Asyik kerja-kerja-kerja untuk kesenangan masa depan..hehehe

Tapi ader jugak yang pandai "cover" depan bos tapi aku tak pandai beb...aku belasah sama jerk..lagipun tak der masa nak "kipas2" ni...hehehe

Cara Kawal Lemak Dan Kolestrol

Cara Kawal Lemak Dan Kolestrol

BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Melayu. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat. Kami memberikan beberapa panduan di sini:

Daging
Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.

Ikan
Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Telur
Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lemak dan minyak
Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones.

Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu.

Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya.

Gantikan mi goreng dengan mi sup.

Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu.

Makan buah segar dan bukan kek dan pastri. Produk tenusu Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak.

Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak. Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini.

Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar.

Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

sEsUaTu YaNg MuNgKiN aNdA x PeRaSaN @ TeRfiKiR

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,

sejam untuk menghargainya,

sehari untuk menyayanginya,

tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Did you know ....

Did you know ....

Apples can help you lose unwanted weight?Researchers from the State University of Rio de Janeiro studying the impact of fruit intake on weight loss report that overweight women who ate just 300 grams of apples or pears - that's the equivalent of three small fruits a day – lost more weight on a low-calorie diet than women who didn't add fruit to their diet. In addition, the fruit eaters ate fewer calories overall, boosting their weight loss efforts.