Tuesday, July 01, 2008

Cabaran Maria buang 10kg

JIKA sesetengah wanita mengamalkan pengambilan pil kurus untuk menurunkan berat badan, personaliti TV3, Maria Tunku Sabri, 37, pula berpendapat tiada jalan pintas untuk kelihatan langsing.

Pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dan terbaru, program Maria terbitan TV3 ini berkata, pil yang boleh diragui status ketulenan dan keselamatannya hanya memberi kesan buruk kepada kesihatan untuk tempoh panjang.

“Saya pernah melihat rakan sepejabat yang mengambil pil kurus, tetapi memberi kesan sebaliknya iaitu berat badan mendadak naik. Kita boleh lihat, banyak pil jenis ini dijual secara terbuka di pasaran.

“Lagipun, saya tak mahu rosakkan buah pinggang saya dengan pengambilan pil macam ini. Saya lebih percaya kepada faedah bersenam untuk menguruskan badan kerana saya mahu hidup lama,” katanya.

Maria ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta baru Keep Slim, mengambil alih peranan itu daripada Raja Azura dan Fara Fauzana.

Tugas baru itu bakal menyaksikan ibu kepada dua cahaya mata ini berusaha mencapai sasaran mengurangkan 10 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan mulai Mei ini.

“Saya mahu turunkan berat badan sehingga 60 kg, tetapi Pengurus Besar Keep Slim, Amy Chiew kata, impian itu terlalu tinggi, 63 kg pun sudah bagus.

“Jika mengikut ketinggian, saya perlu kurangkan 10 kg lagi. Saya kata pada Amy, saya mahu pakai balik pakaian saya yang dulu.

“Setiap hari saya diberikan minuman kesihatan untuk tujuan menyingkirkan toksin badan. Selepas itu, saya akan diajar menggunakan pelbagai mesin. Biarlah meleleh air mata menahan sakit, tetapi saya benar-benar mahu kuruskan badan,” katanya.

Maria yang memulakan tugas di TV3 pada 1996 mula dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Pengacara Jem putan Nona pada 1993.

Ketika itu dia adalah seorang daripada 10 finalis.

Sebelum menyertai JJCM, dia terlebih dulu menimba pengalaman sebagai pembaca berita dan kemudian me ngacarakan rancangan Malaysia Hari Ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Keep Slim, Vince Lee, berkata pelantikan Maria sebagai duta terbaru syarikat itu berdasarkan popularitinya dalam mengacarakan program yang ditonton pelbagai lapisan masyarakat.

Oleh itu, pihaknya sudah mengaturkan program pelang singan untuk disesuaikan dengan tuntutan kerjaya pengacara itu bagi mencapai sasaran berat badan yang ditetapkan.

“Kami di Keep Slim menekankan prinsip kelangsingan untuk kesihatan menerusi kaedah yang selamat dan terbukti berkesan.

“Kami akan menyarankan pelanggan untuk mengikuti pemakanan sihat dan seimbang dalam mencapai sasaran berat badan yang diingini,” katanya.

0 Comments: