Thursday, May 08, 2008

Jus, salad atau kudapan

Di sebalik rasanya yang enak dan segar, mangga sebenarnya antara buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin terutamanya vitamin A dan C.




--------------------------------------------------------------------------------


DENGAN lebih 35 spesies - buah mangga boleh diperoleh hampir di kebanyakan negara di dunia. Buah mangga yang berasal dari keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya Mangifera Indica boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan jus, salad, kudapan dan sebagainya.

Malah, menariknya buah mangga bukan dan enak sahaja boleh dimakan semasa muda bahkan ketika masak. Tiada siapa yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar dan Bangladesh.

Di sebalik rasanya yang enak dan segar, mangga sebenarnya antara buah-buahan yang kaya dengan kaya dengan pelbagai vitamin terutamanya vitamin A dan C.

Selain itu, ia juga membekalkan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, serat dan magnesium. Berbuah mengikut musim, buah mangga mengandungi aktioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab berbagai macam penyakit degeneratif, seperti kanser, tekanan darah tinggi dan jantung koronari.

Namun begitu, oleh kerana sebiji buah mangga (sekitar berat 207 gram) mempunyai kira-kira 31 gram gula, jumlah mangga yang diambil oleh pesakit diabetes perlulah dihadkan. Tetapi ini tidaklah bermakna ia perlu terus dijauhi memandangkan gula mangga adalah semula jadi.

Pakar pemakanan Jerman, Dr. Martin Hirte berkata, pesakit diabetes boleh mengambil sebiji mangga selang dua atau tiga hari sekali.

"Buah mangga sebenarnya adalah sumber makanan yang sempurna untuk menambah atau menggantikan garam, vitamin dan tenaga selepas bersenam.

"Ahli perubatan Yunan, Hakeen Hashmi pernah menulis buah mangga menguatkan dan menggiatkan tisu saraf pada otot, jantung dan otak," ujar Hirte.

Beliau menambah dalam bukunya, Plants Against Cancer, fenol yang terkandung dalam mangga dan enzim-enzim lain mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagai pencegah dan pemulih kanser.

Berikut adalah antara beberapa lagi manfaat buah yang hadir dengan warna kuning, oren atau hijau ini.



mangga muda atau masak mempunyai khasiat yang tersendiri.

--------------------------------------------------------------------------------


Sumber serat

Kandungan serat dalam buah mangga sekitar 1.8 peratus, memberikan sumbangan yang cukup terhadap keperluan serat manusia. Serat memiliki peranan penting untuk usus. Kekurangan serat boleh menimbulkan penyakit aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah), jantung, diabetes melitus, hiperkolesterolemia (kelebihan kolesterol), hipertensi, hiperlipidemia (lemak berlebihan) dan kanser usus.

Sumber antioksida

Antioksida buah mangga dihasilkan daripada pelbagai sumber nutrisi seperti betakaroten, fenol, vitamin C, E, dan beberapa mineral.

Ia melindungi tubuh daripada kesan buruk radikal bebas, seperti kanser. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok dan pengaruh lain. Radikal ini apabila tidak dineutralkan oleh antioksida, dapat menyerang partikel dan molekul lain dalam tubuh.

Sumber vitamin C

Setiap 100 gram mangga masak dapat menyediakan sebanyak 41 mg vitamin C, dengan pengambilan 150 gram mangga, ia memenuhi keperluan harian sehingga vitamin C yang dianjurkan untuk lelaki dan perempuan dewasa.

Vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memelihara kesihatan pembuluh-pembuluh kapilari, kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C juga membantu penyembuhan luka.



KANDUNGAN serat dalam buah mangga sekitar 1.8 peratus.

--------------------------------------------------------------------------------


Sumber kalium

Kandungan kalium dalam buah mangga sangat tinggi. Setiap 100 gram mangga mengandungi 156 gm kalium. Kalium mempunyai fungsi meningkatkan denyut jantung yang teratur, mengaktifkan otot dan membantu tekanan darah.

0 Comments: